Selamat Datang ke Laman Web Masjid At-Taqwa Pekan Pahang.
Masjid ini terletak kira-kira 8km dari Pekan Bandar Diraja. Masjid ini mempunyai dua buah bangunan. Bangunan lama dibina pada tahun 1348H dan bangunan baru pula dibina pada tahun 1424H bagi menggantikan bangunan lama di tapak yang sama.
Ada sebarang kemusykilan?Tanyalah ustaz!
Kini anda boleh membuat pertanyaan melalui web ni.
Melalui medium yang disediakan ini, diharap dapat membantu pengunjung dalam menyelesaikan kekusutan yang dialami dengan bertanya kepada ustaz. Jika ada sebarang keraguan Khidmat kaunseling juga disediakan. Sila berhubung dengan Imam 1 masjid ini untuk temu janji..
Al-quran dan as-sunnah adalah penyelamat dan pembimbing kehidupan kita didunia dan disusuri hingga ke akhirat. Maka sesiapa yang mengikutinya berbahagialah dia di dunia dan akhirat.
Perundangan dan peraturan ALLAH swt yang terbaik. Manisnya iman mengikut al-quran dan as-sunnah bagi mereka yang mencarinya.
Harap dengan cara ini dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan masjid dan menarik minat orang ramai untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah ini......
Dengan adanya medium Social Network kami berharap penyebaran dan perkongsian maklumat sesama komuniti akan lebih menyeluruh. Anda boleh war-warkan berita, aktiviti ataupun majlis ilmu yang akan diadakan di masjid supaya aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan.
"Komuniti Kita Tanggungjawab Kita"
![]() | Hari Ini | 1048 |
![]() | Semalam | 1729 |
![]() | Minggu Ini | 2777 |
![]() | Bulan Ini | 44923 |
![]() | Keseluruhan | 2149551 |