Selamat Datang ke Laman Web Masjid At-Taqwa Pekan Pahang.
 
Masjid ini terletak kira-kira 8km dari Pekan Bandar Diraja. Masjid ini mempunyai dua buah bangunan. Bangunan lama dibina pada tahun 1348H dan bangunan baru pula dibina pada tahun 1424H bagi menggantikan bangunan lama di tapak yang sama.


Pada awal pembukaan masjid ini, ianya telah diselenggara dan diuruskan oleh Jawatankuasa Penaja (ahli qariah) sebelum ianya diambilalih oleh Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) pada tahun 1998. Anggaran kos pembinaan RM2.8 juta . Masjid ini telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang pada tahun 2000. Masjid ini merupakan Masjid Daerah 2 Pekan. Ia terletak di bawah pengurusan PAID dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang.
Program Ihya Ramadhan Peringkat Masjid At-Taqwa Pekan Tahun 1438H / 2017M

23 Mei 2017 - Majlis Menyambut Ramadhan & Ceramah Agama Khas Oleh Y. Bhg. Ustaz Sukri Sudin dari Jabatan Agama Islam Pahang
                       selepas Solat Maghrib
                     - Kuliah Subuh Khas 28 Mei, 04 Jun, 11Jun, 12 Jun, 18 Jun
                     - Bubur Lambuk Istimewa At-Taqwa Setiap Hari Sabtu
                     - Tahlil Khas Setiap Malam Selepas Solat Terawih
12 Jun 2017 - Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sumbangan Ramadhan Kepada Anak-anak Yatim
                     - Tazkirah Jumaat selepas Solat Jumaat
                    - Tadarrus Al-Quran & moreh setiap malam
                     - Qiamullail setiap malam terakhir (10 malam terakhir Ramadhan)
                     - Tazkirah Selepas Solat Zohor oleh Imam bertugas
                     - Solat Terawih Imam al-hafis dari Maahad Tahfiz Kubang Bujuk Terengganu
02 Jun 2017 - Solat Terawih bersama Imam Hufaz dari Syria

*Semua jemaah kariah Masjid At-Taqwa Pekan dijemput beramai-ramai menyertai program tersebut serta menghulurkan sumbangan 

Ada sebarang kemusykilan?Tanyalah ustaz! 

Kini anda boleh membuat pertanyaan melalui web ni.

Melalui medium yang disediakan ini, diharap dapat membantu pengunjung dalam menyelesaikan kekusutan yang dialami dengan bertanya kepada ustaz. Jika ada sebarang keraguan Khidmat kaunseling juga disediakan. Sila berhubung dengan Imam 1 masjid ini untuk temu janji..

Al-quran dan as-sunnah adalah penyelamat dan pembimbing kehidupan kita didunia dan disusuri hingga ke akhirat. Maka sesiapa yang mengikutinya berbahagialah dia di dunia dan akhirat.

Perundangan dan peraturan ALLAH swt yang terbaik. Manisnya iman mengikut al-quran dan as-sunnah bagi mereka yang mencarinya.

Pendaftaran Percuma untuk anak-anak yatim dan keluarga yang kurang mampu (miskin) 

Kami mengalu-alukan anak-anak yatim (berumur sehingga 17 tahun ) dan keluarga miskin supaya mendaftar di sini! Bantuan akan disalurkan melalui Majlis Agama Islam & Adat Resam Melayu Pahang.

Kami bersedia membantu anda meringankan beban yang anda tanggung. Pendaftaran hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Gunakan borang yang disediakan dalam laman web ini..
Pihak masjid juga mengalu-alukan mereka yang ingin melakukan amal jariah dengan menghulurkan sumbangan untuk tabung anak-anak yatim yang disediakan oleh masjid ini. Sumbangan daripada jemaah akan disampaikan kepada anak-anak yatim pada bulan RAMADHAN setiap tahun. Bersamalah kita melabur untuk akhirat kelak.

Sertai kami .. Ketahui perkembangan terkini! 

Sertailah kami di kami untuk mengetahui perkembangan terkini kami dan berkongsi pendapat dan pandangan anda.

Harap dengan cara ini dapat mendekatkan lagi masyarakat dengan masjid dan menarik minat orang ramai untuk bersama-sama mengimarahkan rumah Allah ini......

Dengan adanya medium Social Network  kami berharap penyebaran dan perkongsian maklumat sesama komuniti akan lebih menyeluruh. Anda boleh war-warkan berita, aktiviti ataupun majlis ilmu yang akan diadakan di masjid supaya aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan.

"Komuniti Kita Tanggungjawab Kita"

Wednesday, 09 June 2010 07:55

Hukum Memakai Rambut Palsu

Written by  Administrator
Rate this item
(0 votes)
Soalan:

Apa hukumnya wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut tambahan (wig/sanggul/) ?

 

 

Jawapan :

 

Alhamdulillah, kaum wanita diharamkan/dilarang menyambung rambut mereka dengan rambut tambahan(wig/sanggul, red) atau dengan benda lainnya yang menyerupai rambut. Berdasarkan dalil-dalil yang melarang hal tersebut. (“Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)”, red)

Dan disisi Allah-lah seluruh kejayaan dan semoga Allah memberikan sholawat dan salam ke atas Nabi kita (Shalallahu `alaihu wasallam) dan keluarganya dan sahabatnya.

Komite Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia
Ketua : Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz
Wakil : Syaikh ‘Abdur-Razaq ‘ Afifi
Anggota : Syaikh ‘ Abdullah Ibn Ghudayyan

Fataawa al-Lajnah ad-Daimah lil-Buhuts al-’Ilmiyyah Wal-Iftaa Saudi Arabia,- Jilid 5, Halaman 193, Pertanyaan nombor 10 dari fatwa No. 9850; Fatawa wa Ahkaam fi Sya’r an-Nisaa- Pertanyaan 5 Halaman 8. (aa)

(Diterjemahkan dari http://www.fatwa-online.com/fataawa/womensissues/beautification/bea001/0020106_1.htm) Pertanyaan :

Bagaimana hukum mengenai seorang perempuan yang memakai rambut palsu (wig/sanggul/) untuk mempercantikkan dirinya untuk suaminya?

Jawapan :

Memang setiap pasangan harus mempercantik dirinya (si suami) atau dirinya (si isteri) untuk pasangannya, di dalam rangka menyenangkan pasangannya dan memperkuat perasaan (kasih/cinta, ) diantara keduanya.

Bagaimanapun, hal ini harus dilakukan dengan cara yang tercakup dalam batas syariah sehingga tidaklah terlarang. Adapun memakai rambut palsu (wig/sanggul) adalah model yang dipraktisi wanita-wanita non-Muslim dan menjadi cara yang popular dalam usaha untuk mereka mempercantikkan diri. Jika wanita muslimah memakai dan mempercantikkan dirinya dengan itu, sekalipun hanya untuk (didepan,) suaminya, maka dia sedang meniru wanita-wanita kafir dan Nabi telah melarangnya. Beliau berkata (Barangsiapa menyerupai satu kaum maka dia termasuk golongan mereka.)

Terlebih lagi, hal tersebut sama ertinya “menyambung rambut palsu atas seseorang”. Nabi (Shalallaahu `alaihi wassallam) telah melarang perbuatan tersebut dan mengutuk orang yang melakukannya. (“Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)”, red)

Dan disisi Allah-lah seluruh kejayaan dan semoga Allah memberikan sholawat dan salam atas Nabi kita (Shalallahu `alaihu wasallam) dan keluarganya dan sahabatnya. (aa)

Komite Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia, Fatawa Al-Mar’ah

(Diterjemahkan dari http://www.fatwa-online.com/fataawa/womensissues/beautification/bea001/0000206_13.htm)

Pertanyaan:
Apakah diperbolehkan untuk seorang perempuan untuk menggunakan rambut palsu guna mempercantikkan dirinya untuk suami nya? Apakah ini termasuk di dalam larangan menyambung rambut ke rambut seseorang?

Jawapan :

Rambut palsu terlarang dan dikategorikan suatu model menyambung rambut ke rambut seseorang. Walaupun tidaklah sama persis, namun hal itu membuat rambut perempuan nampak lebih panjang dan menjadi mirip menyambung rambut. Nabi (Shalallaahu `alaihi wasallam) telah melaknat pekerja yang menyambung rambut demikian juga ke atas seseorang yang meminta disambungkan. (Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, “Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu/konde) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya.” (HR. Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya), red). Namun, jika seorang wanita tidak mempunyai rambut dikepalanya sama sekali, sebagai contoh, dia seorang yang botak, maka dia boleh menggunakan suatu rambut palsu untuk menutupi seluruh cacatnya, ini kerana adanya pertimbangan diizinkan untuk menghilangkan kecacatan. Sebagai contoh, Nabi (Shalallaahu `alaihi wasallam) yang telah membolehkan seorang lelaki yang mempunyai hidungnya terpotong dalam suatu pertempuran, untuk memakai hidung palsu emas. Keadaannya dapat lebih fleksibel berbanding itu. Yakni boleh juga meliputi permasalahan menjalani perawatan plastik (bedah plastik) untuk memperbaiki hidung yang kecil dan sebagainya. Bagaimanapun, proses mempercantik tidaklah sama halnya menghilangkan cacat. Jika masalahnya berkenaan menghilangkan kecacatan, maka tidak ada kejelekan didalamnya, seperti ketika hidung bengkok dan perlu diluruskan atau menghilangkan tanda/tahi lalat. Tidak ada kejelekan dalam tindakan yang demikian. Akan tetapi, bukanlah termasuk menghilangkan kecacatan, seperti membat tatoo (rajah) atau menghilangkan rambut alis mata, hal itu terlarang. (Allah melaknat wanita yang membuat tato, wanita yang minta dibuatkan tato, wanita yang mencabut alisnya, wanita yang minta dicabutkan alisnya, dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan memperindahnya, wanita yang merubah ciptaan Allah Azza wa Jalla.” (HR. Bukhari dan Muslim dari shahabat Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu), red). Penggunaan rambut palsu, walau dengan izin dan persetujuan suami, adalah terlarang izin atau persetujuan didalam hal-hal yang Allah telah melarangnya. (aa)

(Syaikh Ibn ‘Utsaimin, Fataawa Al-Mar’ah)

(Diterjemahkan dari http://www.fatwa-online.com/fataawa/womensissues/beautification/bea001/0000206_38.htm)

http://www.salafy.or.id/salafy.php?menu=detil&id_artikel=839

Last modified on Thursday, 31 May 2012 12:55
IMG_0860 IMG_0949 IMG_1830 IMG_0855 IMG_0849 DSC_0059 IMG_0858 IMG_1821 IMG_0756 IMG_0881

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
Lihat Kalendar Penuh

Kajiselidik

Apakah maklumat yang sering anda cari disini?